Friday, 3 March 2017

PELUKIS JALANAN by Teme




"Aku bercerita untuk diambil mana yang berharga.
Menyebar kebaikan itu juga pahala kerana tidak semua perkara perlu dibuka,
maka ada yang aku kekalkan rahsia antara aku dan Dia,
kerana Dialah sebaik-baik penyimpan rahsia."
-Teme Abdullah, penulis buku "Arkitek Pelukis Jalanan"




AlHamdulillah.

Finally, I have a chance to read "Arkitek Pelukis Jalanan" book. Buku coretan pengalaman itu bukanlah kepunyaanku, tetapi kepunyaan bapa saudaraku, A. Mey. One day, A. Mey had posted the picture of books in his Instagram and without any hesitation, I asked him to lend me the book. I took almost a week to complete the reading. Bukanlah kerana isi kandungannya yang berat (ringan sahaja) tetapi kerana aku sebagai pelajar mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jadi, aku jadikan buku ini sebagai bacaan sampingan aku apabila aku lelah melakukan urusan lain.

I follow Teme (Facebook, Instagram) because I was impressed (still impressed until today πŸ˜ƒ) with his drawings. Mashaa Allah. Allah gives him talent in art.

Baiklah, berbalik kepada buku.
"Arkitek Pelukis Jalanan" berkisar tentang survival seorang Teme di negara orang, United Kingdom. Teme menyambung pelajaran di UK dengan biaya sendiri. Banyak pengalaman yang ditempuhi oleh Teme di sana. Ingin mengetahui lebih lanjut kisahnya? Maka, belilah atau mungkin, pinjamlah buku ini dan bacalah.

Bab lapan, bertajuk ayam goreng. Antara beberapa bab, bab lapan merupakan bab yang paling aku suka dan menyentuh hatiku. Perlukah aku bercerita di ruangan ini? Cukuplah aku nyatakan kata kuncinya: Teme, ayam goreng, homeless dan hujan. You need to read this book to know the exact story. 😏 There is one ayatul Quran mentioned in this part, from Surah al-`Imran, chapter 3, verse 92.
Firman Allah yang bermaksud:

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" ۝

Rujukan: http://legacy.quran.com/3/92

There is also a quote in this part:
πŸ’—"Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki"πŸ’—

Teme juga ada berkongsi tentang pesanan mamanya, iaitu selalulah membaca ayat 1000 dinar yang terdapat dalam Surah at-Talaq, surah ke-65, ayat 2 dan 3.
Firman Allah yang bermaksud:
"... dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), ۝
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.۝"



Rujukan: http://legacy.quran.com/65/2-3

Satu kata-kata Teme yang boleh digunakan untuk memuhasabahkan diri dalam bab terakhir buku ini, iaitu:

πŸ’—"Allah yang bagi aku tangan dan mata ini. Takkan aku nak gunakan untuk khianati kurniaan Dia balik."πŸ’—Bahagian terakhir buku ini, Teme telah memasukkan hasil lukisannya yang amazing. Under each picture in the gallery, Teme had put beautiful quotes and I really like the quotes. Allow me to write few of his quotes:
πŸ“Œ"Engkau asyik fikirkan soal nak berjaya, asyik fikirkan belajar sampai ia dah memenuhi sebahagian besar hati kau. Ya, ia dah masuk ke dalam hati kau, kau terlampau cintakan kejayaan dunia. Maka Allah ujikan dengan perkara yang kau cinta. Kerana Dia nak kau kembali cinta pada-Nya."

πŸ“Œ"Jangan lengahkan kebaikan. Kerana kita mungkin tidak akan ada kesenangan dan kemampuan melakukannya di lain masa. Lagipun, kita mungkin mati 2-3 saat selepas ini."
πŸ“Œdan selebihnya boleh dibaca dalam buku "Arkitek Pelukis Jalanan"

"JIKA LIHAT KECANTIKAN, INGATLAH PENCIPTANYA. DIALAH YANG SEBENAR-BENAR HEBAT."
-Teme

Semoga Tuhan memberkatimu, Terima kasih.

Edited on: 2nd March 2017